BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, 2 July 2011

LOVE

CINTA...OH CINTA.....
 
Orang kata bercinta tu memerlukan hati antara dua insan . sekarang nie macam2  utk mencari  cinta antara tue menerusi ym,facebook,tagged,skype, nth ape2 lg yg ade kat bumi niee yg aku pon x tau..


pe ciri2 wanita idaman kowang??
*seksi?
*cantik
*kaya
*dahi licin
*pandai
*ske menggedik


rase2 ade ke mcm tue??

ciri2 lelaki idaman??
*tuff
*macho
*ensome
*maskulin
*kulit putih melepak

mesti  kowang dee pikir mcm tue kan..

orang kata bercinta nie utk sampai akhir hayat...mase mude2 ( time bercinta) sangup BERJANJI utk tunaikan ape saja permintaan asalkn mkwenye menerima dia....tp bile dh kawin sehidup semati dan perjnjian yg dilafaskn jadi lain..tiada persefahaman la katanye...akhirnya...BERCERAI....

lelaki skng klo nk bercinta mesti nk carik wanita...


1. Jadi pendengar setia
Lelaki suka wanita menjadi pendengar setia dan tidak suka kaum hawa yang suka membangkang.

2. Tarikan derapan kasut
Bunyi derapan kasut ketika berjalan juga mampu menarik perhatian lelaki.

3. Jangan bersolek tebal
Lelaki tidak suka jika anda memakai alat solek terlalu tebal.

4. Ingat hari pentingnya
Mengetahui bila hari lahirnya antara resipi penting yang perlu diketahui. Berbuatlah sesuatu untuk hari pentingnya itu.

5. Hormatinya
Menghormati dirinya, keluarga dan teman-teman yang rapat dengannya.

6. Jangan terlalu kebudak-budakan
Bersikap matang dalam tutur kata dan tingkah laku. Lelaki tidak suka wanita yang bersikap terlalu kebudak-budakan.

7. Agresif
Lelaki suka sikap wanita yang agresif.

8. Jangan terlalu seronok
Jangan terlalu seronok ketika bertemu dan berbual dengannya. Contohnya berbual terlalu lama di telefon untuk perkenalan pertama.
 
9. Jangan ganas
Jangan terlalu bersikap kelelakian dan ganas dalam pergaulan.

10. Jangan terlalu baik
Jangan terlalu menunjukkan bahawa kamu ini terlalu baik dan sempurna.

11. Jangan perasan
Jangan perasan bahawa kamu ini mempunyai paras rupa yang jelita.

12.Sikap sederhana
Sentiasa memegang prinsip sederhana dan tidak boros di dalam perbelanjaan.

13. Sikap keibuan
Bersikap keibuan adalah antara petua yang perlu dititikberatkan.

14. Lemah-lembut
Sentiasa bercakap lembut dengan mereka.

15. Sensitif
Ketahuilah mereka adalah golongan yang terlalu sensitif dan sukakan kelembutan apatah lagi daripada seorang gadis.

16. Kenali dirinya
Kenali siapa dirinya yang sebenar sebelum anda memulakan langkah untuk memikat.

17. Jaga kecantikan
Lelaki sukakan wanita yang suka menjaga kulit. Jangan biarkan wajah anda dipenuhi jerawat batu!

18. Gaya kemas
Aset penting bagi anda untuk memikat lelaki adalah mata, punggung dan gaya langkah yang kemas.

19. Jangan kuno
Jangan bersikap terlalu kuno.

20. Sering tanya khabar
Bertanya khabar sekurang-kurangnya dua kali seminggu supaya tali persahabatan anda dengannya tidak putus begitu saja. Mungkin suatu hari nanti sikap anda yang terlalu mengambil berat mampu menarik perhatiannya
.
21. Jujur dalam tingkah laku
Usia dan bentuk badan bukan menjadi ukuran penting tetapi kecerdikan, kejujuran serta tingkah laku yang bersopan-santun.

22. Suka yang beragama
Lelaki sukakan seorang wanita yang beriman dan beragama namun begitu anda tidaklah perlu terlalu alim.

23. Tidak mudah dipermainkan
Menunjukkan bahawa anda bukanlah seorang gadis yang mudah dipermainkan selain tidak terlalu merengek dan mengada-ngada.

24. Jangan tunjuk lemah
Jangan tunjukkan kelemahan anda ketika berada di samping lelaki yang anda minati.

25. Tunjuk matang
Lelaki sukakan wanita yang bijaksana dan matang serta mudah diajak berbincang.

26.Suka dimanja
Yang paling penting, lelaki suka dimanja dengan belaian dan kata-kata romantik.

citi lelaki yg wanita ske plak...

1. Yang bercita-cita besar untuk menolong orang lain yang memerlukan, bukannya hidup dilamun angan-angan dan perlu ditolong.

2. Yang tidak malu berkata; “Saya minta maaf, sayalah yang bersalah.”

3. Yang dapat melihat pelbagai pengaruh buruk cuba merosakkan hidupnya tapi tanpa ragu-ragu berkata ” TIDAK”

4. Yang meletakkan urusan Tuhan melebihi segala-galanya.

5. Yang membuat sesuatu,misalnya melaksanakan impiannya, dengan bersungguh-sungguh dan apabila berjaya, dia menghadiahkan setinggi-tinggi perhargaan kepada orang-orang yang membantunya.

6. Yang sentiasa tersenyum, merendah diri dan mesra dengan sesiapa sahaja tanpa mengira darjat dan kedudukan.

7. Yang melihat kesilapan diri sendiri sebelum melihat kesilapan orang lain.

8. Yang sedia mencurahkan wang, masa dan kebolehannya kepada orang lain tanpa memikirkan balasan.

9. Yang sentiasa berusaha untuk menjadi contoh terbaik kepada anak-anaknya daripada hanya beromong kosong mengenai hal tersebut.

10. Yang membawa anak-anak ke rumah ibadat, bukannya menghantar mereka ke sana.
 adoiii kowang fikir2kan laa mcmnee yg kowang nkk......

0 comments: